Wednesday, July 11, 2007

KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2007

BIL AKTIVITI NAMA SEKOLAH
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA
1 Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris [Tahap 1 ] SJKC FOON YEW 5 SJKC FOON YEW 1 SK KAMPUNG PULAI
2 Sketsa Sains Sekolah Rendah SK (P) SULTAN IBRAHIM SK TAMAN SKUDAI BARU SK SERI KOTA PUTERI 4
3 Eureka REEE Sekolah Rendah SK NUSANTARA SK PASIR GUDANG 1 SJKC PANDAN
4 Amali Sains Sekolah Rendah [Tahap 2] SJKC PANDAN SK TAMAN MUTIARA RINI SK IJ CONVENT
5 BBM Guru Sekolah Rendah - Matematik SK BANDAR UDA 2 SK (P) SULTAN IBRAHIM SK PERMAS JAYA 1
6 BBM Guru Sekolah Rendah - Sains SK TAMAN UNIVERSITI 2 SJKC PANDAN SK PASIR GUDANG 1
7 BBM Guru Sekolah Rendah - Matematik Berbantu Komputer SK BANDAR UDA 2 SK (P) SULTAN IBRAHIM SK TAMAN PERMAS JAYA 3
8 BBM Guru Sekolah Rendah - Sains Berbantu Komputer SK TAMAN PERMAS JAYA 3 SK TAMAN UNIVERSITI 4 SK TAMAN PERLING
9 Portable Cooking With Nature - Sekolah Menengah SMK SERI PERLING SMK TAMAN SELESA JAYA MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
10 Inovasi Sains Sekolah Menengah Atas SM TEKNIK JOHOR BAHRU *

11 Reka Cipta Sains Sekolah Menengah Atas SMK DATO' JAAFAR SEKOLAH TUN FATIMAH SMK DATO' JAAFAR
12 Kereta Solar - Sekolah Menengah SMK TAMAN SELESA JAYA SMK TAMAN SELESA JAYA SMK SULTAN ISMAIL
13 Pelancaran Roket - Parachut & Trajektori [Tingkatan 4] SMK TASEK UTARA MAKTAB SULTAN ABU BAKAR SMK TASEK UTARA
14 Pelancaran Roket Sasaran - Sekolah Menengah Atas SMK TASEK UTARA MAKTAB SULTAN ABU BAKAR SMK TAMAN SELESA JAYA 2
15 Amali Sains Sekolah Menengah Atas (Ting 4) SMK SRI TEBRAU SMK TAMAN TUN AMINAH SEKOLAH TUN FATIMAH
16 Pembentangan Topik Sains - Sekolah Menengah Atas SMK SRI TEBRAU SMK SULTAN ISMAIL SMK TAMAN SELESA JAYA 2
17 BBM Guru Sekolah Menengah - Matematik Berbantu Komputer SMK TAMAN DESA SKUDAI SEKOLAH TUN FATIMAH SMK SULTAN ISMAIL
18 BBM Guru Sekolah Menengah - Sains Berbantu Komputer SMK SRI RAHMAT SMK SULTAN ISMAIL SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
19 BBM Guru Sekolah Menengah Atas - Matematik SMK SRI RAHMAT SMK SERI PERLING SMK SULTAN ISMAIL
20 BBM Guru Sekolah Menengah Atas - Sains SMK SERI PERLING MAKTAB SULTAN ABU BAKAR SMK AMINUDDIN BAKI
21 Eureka Sekolah Menengah Rendah SMK DATO' USMAN AWANG SMK MOHD KHALID SEKOLAH TUN FATIMAH
22 Pelancaran Roket - Parachut & Trajektori [Sek Men Rendah] SMK SULTAN ISMAIL MAKTAB SULTAN ABU BAKAR SMK TAMAN SELESA JAYA 2
23 Amali Sains Sekolah Menengah Rendah (Ting 1) SMK SULTAN ISMAIL SMK MOHD KHALID SMK TUN SYED NASIR ISMAIL
24 BBM Guru Sekolah Menengah Rendah - Matematik SMK SERI PERLING SEKOLAH TUN FATIMAH SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH
25 BBM Guru Sekolah Menengah Rendah - Sains SMK TUN SYED NASIR ISMAIL SMK TAMAN SELESA JAYA 2 SMK TAMAN SELESA JAYA

Wednesday, July 4, 2007

Perubahan Tarikh Festival Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 2007

Tarikh Festival Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru 2007 09 hingga 10 Julai 2007 ditunda kepada 10 hingga 11 JULAI 2007. Harap Maklum

Monday, July 2, 2007

Jadual Pelaksanaan Festival Sains dan Teknologi Kategori Sekolah Menengah

Jadual Waktu Pelaksanaan Festival Sains dan Teknologi

Hari/ Tarikh

Aktiviti

Bilik/ Tempat Pertandingan

Catatan

Selasa

10 Julai 2007

BBM Guru Sekolah Menengah – Matematik Berbantu Komputer

Bilik PPSMI 2

Panitia Matematik Daerah


BBM Guru Sekolah Menengah – Sains Berbantu Komputer

Bilik PPSMI 3

Panitia Sains Daerah


BBM Guru Sekolah Menengah Atas – Matematik

Makmal Bahasa

Panitia Matematik Daerah


BBM Guru Sekolah Menengah Bawah – Matematik

Makmal Bahasa

Panitia Matematik Daerah


BBM Guru Sekolah Menengah Atas – Sains

Bilik Muzik

Panitia Sains Daerah


BBM Guru Sekolah Menengah Atas – Sains

Bilik Muzik

Panitia Sains Daerah


Pelancaran roket sasaran – menengah atas

Padang

Panitia Fizik Daerah


Kereta Solar – Sekolah Menengah

Gelanggang Bola Tampar

Panitia Fizik Daerah


Amali Sains (Ting 1)

Makmal Biologi 1

Panitia Sains Daerah


Amali Sains (Ting 4)

Makmal Biologi 2

Panitia Sains Daerah


Pertandingan Eureka

Makmal Fizik 1

Panitia Sains Daerah

Rabu

11 Julai 2007

Pelancaran roket – Parachut & Trajektori [Tingkatan 4]

Padang

Panitia Fizik Daerah


Pelancaran roket – Parachut & Trajektori [menengah Rendah]

Padang

Panitia Fizik Daerah


Pertandingan Pembentangan Topik Sains – Sekolah Menengah Atas

Bilik PPSMI 2

Panitia Sains Daerah


Portable Cooking With Nature – Sekolah Menengah

Makmal Bahasa

Panitia Sains Daerah


Inovasi sains Sekolah Menengah Atas

Bilik Muzik

Panitia Sains Daerah


Reka cipta Sains Sekolah Menengah Atas

Dewan sekolah

Panitia Sains Daerah

Festival Sains dan Teknologi Daerah Johor Bahru - Kategori Sekolah Menengah

Tarikh : 09 hingga 10 Julai 2007

Masa : 12.30 tgh hingga 5.00 ptg

Tempat : SMK Selesa Jaya 2

Pengerusi Pengelola : SMK Taman Selesa Jaya 2 dan SMK Taman Mutiara Rini 2

Festival Sains dan Teknologi Daerah Johor Bahru - Kategori Sekolah Rendah

Tarikh : 07 Julai 2007

Masa : 08.00 pagi hingga 12.30 tgh

Tempat : SK Taman Impian Emas

Pengerusi Pengelola : SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Syarat-Syarat Pertandingan

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1

(Dalam Bahasa Inggeris)

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

TAJUK : Bercerita Sains Tahap 1

OBJEKTIF :

a. Memupuk minat murid terhadap Sains.

b. Mempertingkat kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.

c. Mempertingkat keyakinan murid untuk menyampaikan idea.

d. Mempertingkat kreativiti murid dan guru


SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 1 sahaja.

b. Setiap daerah boleh menghantar dua pasukan. Setiap pasukan terdiri dari seorang peserta dengan seorang guru pengiring. Daerah tuan rumah dibenarkan menghantar sehingga tiga pasukan.

Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah dan dipersembahkan di dalam Bahasa Inggeris.

d. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan adalah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-

Permulaan - 1 kali

Minit keempat - 1 kali

Minit kelima - 2 kali

Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan. Jika peserta mengambil masa terlalu lama selepas loceng tamat, pihak hakim boleh memotong markah.

e. Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah system pembesar suara, OHP dan meja-meja yang difikirkan sesuai.

Peserta tidak dibenarkan membawa “prop” atau alat-alat lain yang diletak atau digunakan semasa persembahan.

g. Peserta hanya dibenarkan memakai pakaian atau kostum yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa.

h. Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut :-

Mesej dan isi 30%

Penyampaian/Persembahan 30%

Bahasa 15%

Kreativiti 15%

Penghayatan dan penampilan 10%

i. Jika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya.

Keputusan pengadil adalah muktamad

k. Hadiah dan sijil penyertaan akan diberi kepada pmenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Peserta yang lain akan menerima sijil penyertaan sahaja.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SKETSA SAINS SEKOLAH RENDAH

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

TAJUK

Sketsa Sains Sekolah Rendah

2. OBJEKTIF

Memupuk minat murid terhadap Sains.

Mempertingkat kemahiran komunikasi.

Mempertingkat keyakinan murid untuk menyampaikan idea.

Mempertingkat kreativiti murid dan guru.

3. SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini adalah untuk murid-murid tahap 2. Namun begitu, penyertaan murid tahap 1 boleh diterima.

2. Setiap daerah boleh menghantar satu pasukan sahaja. Setiap pasukan terdiri dari empat orang peserta dengan seorang guru pengiring.

3. Daerah tuan rumah dibenarkan menghantar sehingga dua pasukan.

4. Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains Sekolah Rendah.

5. Sketsa boleh dipersembahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya. Namu begitu, penggunaan bahasa yang betul adalah ditekankan. Syarat ini akah berubah apabila pelaksanaan PPSMI berlaku sepenuhnya di semua peringkat.

6. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan adalah 10 minit.

7. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-

1. Permulaan - 1 kali

2. Minit kesembilan - 1 kali

3. Minit kesepuluh - 2 kali

4. Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan. Jika peserta mengambil masa terlalu lama selepas loceng tamat, pihak hakim boleh memotong markah.

8. Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah system pembesar suara, OHP dan meja-meja yang difikirkan sesuai.

9. Peserta hanya digalakkan untuk memakai pakaian atau kostum yang sesuai dengan watak atau cerita yang dibawa. Prop atau bahan latar lain tidak akan membawa markah tambahan. Jika hakim mendapati prop atau bahan latar adalah keterlaluan, panel hakim boleh menolak markah.

10. Penghakiman pertandingan ini adalah merujuk kepada aspek-aspek berikut :-

Mesej dan isi 30%

Penyampaian/Persembahan 25%

Bahasa 20%

Kreativiti 15%

Penghayatan dan penampilan 10%

11. Jika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya.

12. Keputusan pengadil adalah muktamad


PERTANDINGAN REEE – MEMASAK DENGAN TENAGA SOLAR

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

TEMA : COOKING WITH NATURE

TAJUK : PERTANDINGAN TENAGA SOLAR UNTUK MEMASAK

3. AKTIVITI : Pertandingan mencipta peralatan memasak mudah alih (portable) menggunakan sumber tenaga solar

OBEJKTIF :

a. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber tenaga alternatif

b. Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan warga pendidikan dan masyarakat.

c. Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar

d. Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan dan semangat kerjasama di antara pelajar dalam satu pasukan.

e. Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dn bijaksana.

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah DAERAH JOHOR BAHRU.

Penyertaan adalah secara berkumpulan tiga orang dengan seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan.

Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengsahan Pengetua sekolah masing-masing.

Setiap daerah dibenarkan menghantar satu pasukan. Tuan rumah dibenarkan menghantar dua pasukan.

Peserta bebas menentukan reka bentuk, saiz atau bahan yang digunakan.

Alat yang dicipta hendaklah mudah alih (portable).

Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja.

Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang pendaftaran Pertandingan. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada pihak pengelola.

Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk buku penerangan projek (buku brief) dan hendaklah disertakan dengan setiap projek. Pendokumentasian perlulah mengandungi butiran seperti jenis bahan, kecekapan menyerap tenaga solar, kebaikan dan sebagainya.

Perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.

Produk pertandingan adalah milik setiap sekolah dan ia boleh dibawa balik setelah selesai pertandingan.

Untuk maklumat tambahan, peserta boleh merujuk kepada guru yang telah menghadiri Kursus CETREE – Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (Modul Kursus) di Hotel Katerina, Batu Pahat atau boleh melayari laman web :

http://solarcooking.org/

http://home.earthlink.net/

6. PENGHAKIMAN

Penghakiman akan dijalankan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut :-

a. Kefungsian peralatan (30%) – alat akan diuji untuk satu kuantiti air dalam masa yang akan ditetapkan.

b. Rekaan (25%) – rekabentuk yang praktikal dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.

c. Penggunaan bahan (20%) – pemilihan bahan yang sesuai, mudah diperolehi dan kos efektif. Penggunaan bahan yang terbuang/kitar semula diberikan keutamaan.

d. Kekemasan (15%) – rekaan sempurna, kemas dan cantik.

e. Buku penerangan (10%) – penerangan perlulah jelas dan tepat dengan fakta sains yang betul.

f. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA REEE

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

1. TAJUK : ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE

AKTIVITI : Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang mempunyai ciri-

ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum

3. OBEJKTIF :

a. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan kepentingan merancang penggunaan sumber secara optimum

b. Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (REEE) di kalangan murid.

c. Memupuk kreativiti dan budaya reka cipta dan inovasi di kalangan murid.

d. Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan murid.

e. Memupuk semangat kerjasama di antara murid dalam satu pasukan.

f. Menyemai rasa tanggung jawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan bijaksana.

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

a. Pertandingan Eureka adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh penganjur.

b. Setiap daerah diminta menghantar satu pasukan. Daerah pengelola diberi kebenaran menghantar dua pasukan.

Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 4 orang peserta yang dipilih dari kalangan pelajar tahun 4 atau 5. Pasukan mestilah terdiri dari 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari satu jantina.

d. Tema projek ialah Energy Efficient Beach House.

e. Bahan yang disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti Lampiran EUREKA.

Bahan-bahan lain adalah tidak dibenarkan untuk digunakan dalam pertandingan ini.

g. Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan.

Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas A4.

i. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan buku idea di tempat dan semasa pertandingan. Buku ini perlu menerangkan projekyang dihasilkan yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan.

j. Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran pasukannya tetapi tidak dibenarkan menyentuh bahan atau alatan yang digunakan.

Setiap kali gru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan markah akan ditolak.

l. Pelajar diberi tempoh 2 jam untuk menyempurnakan tajuk yang diberikan.

m. Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:

i. Kebolehan kreatif - 20 markah

ii. Pemikiran saintifik - 20 markah

iii. Kemahiran saintifik - 20 markah

iv. Kerja berpasukan - 10 markah

v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah

vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markah

vii. Buku idea - 10 markah

5. Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN EUREKA SEKOLAH MENENGAH RENDAH

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

TAJUK : EUREKA SEKOLAH MENENGAH RENDAH

2. AKTIVITI : Menyelesaikan masalah secara berkumpulan dalam

jangka masa yang ditetapkan.

OBEJKTIF :

Menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Memupuk kreativiti dan budaya reka cipta dan inovasi di kalangan murid.

Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan murid.

Memupuk semangat kerjasama di antara murid dalam satu pasukan.

Mempertingkat kemahiran berkomunikasi.

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan EUREKA adalah berbentuk aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar bekerjasama secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 4 orang peserta yang dipilih dari kalangan pelajar menengah rendah dengan seorang guru pengiring.

Pasukan mestilah terdiri dari 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari satu jantina.

Setiap daerah diminta menghantar satu pasukan. Daerah pengelola diberi kebenaran menghantar dua pasukan.

Soalan dan senarai bahan akan diserahkan kepada peserta sebelum pertandingan. Pasukan akan diberi sedikit masa untuk berbincang bersama guru pengiring masing-masing.

Bahan dan alatan untuk pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. Bahan dan alatan lain tidak boleh digunakan dalam pertandingan ini.

Projek hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Setiap pasukan diminta membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas A4.

Setiap pasukan dikehendaki menyediakan buku idea di tempat dan semasa pertandingan. Buku ini perlu menerangkan projek yang dihasilkan yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan.

Semasa pertandingan dijalankan, guru pengiring boleh berada berhampiran pasukannya tetapi tidak dibenarkan membantu atau menyentuh bahan atau alatan yang digunakan.

Setiap kali guru pengiring menyentuh barang atau alatan pertandingan, markah akan ditolak.

Pelajar diberi masa selama 2 jam untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Peserta tidak boeh menyentuh atau meneruskan kerja selepas masa pertandingan tamat.

Panel hakim akan membuat penilaian secara berterusan sepanjang aktiviti dilaksanakan. Pada penghujung pertandingan, hakim akan menilai dan menguji semua projek yang dihasilkan mengikut giliran yang akan ditentukan.

Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:

i. Kebolehan kreatif - 20 markah

ii. Pemikiran saintifik - 20 markah

iii. Kemahiran saintifik - 20 markah

iv. Kerja berpasukan - 10 markah

v. Ketelitian dan kekemasan - 10 markah

vi. Komunikasi (soal jawab) - 10 markah

vii. Buku idea - 10 markah

Keputusan panel hakim / pengadil adalah muktamad.

Garis Panduan Pertandingan Inovasi Sains dan Sains Kejuruteraan

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU Tahun 2007

A. TAJUK : Pertandingan Inovasi Sains Dan Sains Kejuruteraan

B. AKTIVITI : Menghasilkan bahan, model, alat atau perkakasan baru yang

bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF :

a. Menggalakan budaya rekacipta dan inovasi sains dikalangan pelajar, terutamanya dalam usaha berterusan membangunkan produk rekacipta dan teknologi tempatan

Mempertingkatkan keterampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang rekacipta dan inovasi, khususnya dalam ketegori kejuruteraan, inovasi sains dan alam sekitar

c. Menggalakan sekolah-sekolah diseluruh daerah Kota Tinggi meningkatkan aktiviti ko-kurikulum yang beteraskan pemikiran kreatif dan inovatif serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan

Mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar dalam era teknologi maklumat dalam proses reka bentuk dan rekacipta produk yang kompetitif di pasaran

e. Meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar dalam usaha pengurusan perlidungan harta intelek, khususnya paten, inovasi dan reka bentuk perindustrian.

C. FORMAT DAN SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dengan merujuk dan mematuhi garis panduan pertandingan International Science and Engineering Fair 2007 (ISEF 2007).

2. Setiap penyertaan mestilah terdiri dari tiga orang pelajar serta seorang guru pembimbing yang mewakili satu produk rekacipta dan inovasi Sains.

Peserta mestilah terdiri dari kalangan pelajar tingkatan 4 atau 5. Kesemua peserta mestilah terdiri dari warganegara Malaysia.

4. Penyertaan daerah ke pertandingan peringkat negeri adalah seperti berikut:

Dua projek terbaik dari setiap daerah akan menyertai pertandingan sempena Minggu Sains Teknologi dan ICT DAERAH JOHOR BAHRU (MISTI 2007). Kertas cadangan pertandingan di bawah MISTI Johor hendaklah dirujuk dan mematuhi dengan syarat ISEF.

Satu projek dari setiap daerah (ketiga terbaik) akan dipilih untuk menyertai pertandingan di Festival Sains dan Teknologi DAERAH JOHOR BAHRU di Kluang, Johor.

5. Projek yang memenangi pertandingan peringkat negeri tidak semestinya terpilih untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Pemilihan ke peringkat kebangsaan akan ditentukan oleh panel Scientific Review Commitee (SRC) dan merujuk kepada peraturan ISEF. Pemenang peringkat kebangsaan akan berpeluang untuk bertanding di peringkat antarabangsa di Amerika Syarikat.

Syarat-syarat pertandingan boleh dimuat turun dari laman web www.sciserv.org.

Sesuatu produk rekacipta atau inovasi mestilah menunjukkan sekurang-kurangnya satu langkah inventif (produk baru) ataupun satu perubahan kreatif dan inovatif keatas sesuatu produk yang sedia ada dengan spesifik yang berikut:

a. Kategori Kejuruteraan

i. Produk rekacipta yang melibatkan sistem pergerakan robotik yang mengawal fungsi pergerakan produk rekacipta, samada melalui perisian komputer atau sistem lain yang seumpamanya.

ii. Produk rekacipta yang bercirikan mekatronik dan automasi atau yang menggunakan sistem meknikal yang dikawal sepenuhnya oleh sistem elektroik.

Kategori Inovasi Sains

Sebarang produk unsur inovasi dalam bidang biologi, kimia atau fizik

Bahan atau peralatan projek yang mengandungi unsur berikut tidak dibenarkan:

Bahan kimia berbahaya, meruap

Bahan radioaktif

Haiwan hidup atau mati yang dijadikan ujikaji

Perlatan atau perkakasan bersuhu atau bertekanan tinggi

8. Saiz maksimum projek ialah 76 cm X 122 cm X 274 cm

Setiap produk rekacipta mestilah diterangkan dengan sejelas-jelasnya dalam satu kertas kerja (brif reka cipta) yang ditaip pada kertas berukuran A4. Lakaran gambar rajah 3 - dimensi serta lukisan ilustrasi dan litar elektronik hendaklah disertakan jika ia dapat menggambarkan reka bentuk sebenar produk rekacipta tersebut. Setiap brif rekacipta mestilah memperincikan tajuk-tajuk yang berikut:

a. Nama Produk

b. Jenis Kategori Pertandingan

c. Situasi Masalah yang ingin diselesaikan

d. Penyelidikan yang dibuat

e. Tujuan penyelesaian masalah yang ingin dicapai

f. Bahan/komponen yang digunakan

g. Fungsi dan operasi produk rekacipta

h. Kegunaan dan faedah produk rekacipta

i. Sasaran pengguna / pasaran

j. Penilaian / data ujian prototaip

Produk rekacipta yang pernah menyertai pertandingan-pertandingan yang lepas tidak akan dipertimbangkan kecuali ia telah memenuhi ciri-ciri pembaharuan serta peningkatan mutu.

11. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab dalam segala hal yang berkaitan dengan perlindungan harta intelek produk rekacipta atau inovasi tersebut.

Keputusan panel hakim / penilai adalah muktamad.


PERTANDINGAN REKABENTUK KERETA SOLAR

(SEKOLAH MENENGAH)

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU Tahun 2007

A. TAJUK : PERTANDINGAN REKABENTUK KERETA SOLAR

B. AKTIVITI : Menghasilkan bahan, model, alat atau perkakasan baru yang

bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian.

C OBJEKTIF

i. Memupuk minat terhadap bidang Sains dan Teknologi.

ii. Memupuk daya kreativiti pelajar dalam bidang rekacipta dan inovasi.

iii. Memupuk minat pelajar untuk menerokai sumber tenaga alternatif.

iv. Memperkembang kesedaran terhadap keperluan untuk mencari dan menggunakan sumber tenaga yang mesra alam.

v. Merangsang pembudayaan elemen kajian dan penyelidikan dalam bidang Sains dan Teknologi.

D SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

i. Terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 4.

ii. Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang peserta dan seorang guru pengiring sahaja.

iii. Setiap daerah dibenarkan menghantar 2 pasukan sahaja.

iv. Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu model rekabentuk sahaja untuk dipertandingkan.

v. Rekabentuk adalah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz adalah bebas.

vi. Konsep, kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Penambahan / penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakan model kereta, adalah tidak dibenarkan.

vii. Output maksima setiap model kereta adalah 1 Watt.

viii. Sekolah bebas menggunakan jenis solar sel, tetapi kuasa yang dihasilkan tidak boleh melebihi kuasa yang ditetapkan iaitu 1 watt. Bagi memudahkan JK Penghakiman, pihak sekolah adalah digalakkan untuk menggunakan sel suria dari jenama yang sama seperti yang telah dibekalkan pada tahun lalu. Jika sel tersebut digunakan, hanya 6 keping sel dibenarkan untuk model kereta yang dihasilkan.

ix. Peralatan, alat gantian dan aksesori model kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar dsb perlu dibawa sendiri oleh peserta.

x. Model motor yang sedia ada dipasaran atau kit motor pasang siap dibenarkan. Bonus akan diberikan jika ada pasukan yang membina sepenuhnya motor model kereta.

xi. Hanya satu sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model. Jenis alat adalah bebas. Markah akan ditolak jika ada model yang menggunakan lebih daripada 1 jenis komponen.

xii. Penggunaan suiz pada mana-mana bahagian model kereta dibenarkan.

xiii. Rekabentuk asas kereta hendaklah mengandungi binaan badan, chasis, bergandar dan 4 tayar. Model yang menggunakan 2 tayar tidak akan dianggap sebagai kereta.

xiv. Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta akan diambil kira.

xv. Penggunaan kit pasang siap sepenuhnya model kereta daripada pasaran adalah tidak dibenarkan samada dari segi badan kereta sahaja atau keseluruhan kereta.

xvi. Kos bagi membina rekabentuk adalah tanggungjawab sekolah masing-masing. Urusetia tidak akan menanggung sebarang kos membina, mengangkut atau sebarang kos tambahan.

xvii. Setiap model kereta perlu disertakan dengan satu laporan ringkas menggunakan kertas bersaiz A4. (format laporan diterangkan pada para 3.1)

xviii. Pertandingan akan dijalankan dalam 2 bahagian iaitu rekabentuk dan kelajuan.

xix. Keputusan hakim adalah muktamad

PENGHAKIMAN

Panel hakim akan menilai model kereta dan hasil kerja pasukan berfokuskan kepada aspek pelaporan (buku idea), rekabentuk dan kelajuan.

Laporan Ringkas;

Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan satu laporan ringkas yang mengandungi aspek-aspek berikut;

a. Abstrak

b. Objektif

c. Inovasi

d. Teori Saintifik

e. Rekabentuk

f. ’Trial Result’

g. Kos

ii. Bahagian 1 - Rekabentuk

a. Semua model kereta akan dipamerkan untuk penilaian hakim. Peserta hendaklah mengemukakan laporan ringkas.

b. Panel hakim akan menilai rekabentuk berdasarkan kepada laporan dan temuduga di tempat pertandingan.

c. Markah akan diberikan berdasarkan kepada temuduga, kerjasama antara peserta dan rekabentuk yang telah dihasilkan.

Bahagian 2 – Kelajuan

a. Perlumbaan akan dilaksanakan di atas gelanggang bersimen yang sesuai, seperti gelanggang tenis.

Semua kereta akan disusun serentak mengikut trek masing-masing.

Trek perlumbaan adalah 5m panjang dan 45 cm lebar.

Perlumbaan akan dijalankan secara pusingan saringan dan pusingan akhir.

Masa akan diambil bagi perlumbaan pusingan akhir

Model kereta yang mencatatkan masa paling cepat dengan mengikut lorong trek yang betul akan mendapat markah yang baik.

Hal-hal lain

i. Semasa pertandingan dilaksanakan, guru pengiring tidak dibenarkan membantu pasukan masing-masing.

ii. Peserta dibenarkan memakai baju T dan topi semasa pertandingan.

iii. Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh hakim.

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2007

KATEGORI PARACHUT DAN TRAJEKTORI

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU Tahun 2007

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah bantuan kerajaan termasuk Sekolah Menengah Agama Negeri dan Maktab Rendah Sains MARA.

b. Setiap sekolah yang ingin memasuki pertandingan ini hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. Pasukan ini terdiri daripada 2 orang pelajar (Tingkatan 4 sahaja) dengan seorang guru pembimbing.

c. Setiap sekolah dibenarkan mendaftar seberapa banyak pasukan yang dikehendaki. Walau bagaimanapun bilangan ahli dalam pasukan tersebut ialah seramai dua (2) orang (sekurang-kurangnya seorang murid Bumiputra, Walau bagaimanapun sekolah yang majoriti dari satu kaum diberi kelonggaran) dan seorang guru pembimbing.

d. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i. Catatan masa roket paling lama diudara dan (parachute duration)

ii. Jarak yang paling jauh (trajektori)

Setiap pasukan perlu membina dua buah roket botol plastik minuman berkarbonet bersaiz 1.5 liter bagi dua bahagian pertandingan tersebut

f. Struktur asal badan roket boleh diubah suai tetapi hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja

g. Semua tenaga yang dibekalkan pada roket adalah kombinasi tekanan air dan angin sahaja. Nilai tekanan maksimum untuk pertandingan ini akan dimaklumkan semasa pertandingan.

Setiap pasukan dibenarkan melakukan dua percubaan sahaja bagi setiap bahagian.

i. Semua roket dilancarkan menggunakan pelancar yang dibekalkan oleh pihak penganjur sahaja.

j. Hanya 3 pasukan terbaik dari setiap negeri akan dipilih menyertai Pertandingan Akhir di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Semua bahan yang dibekalkan oleh pihak penaja perlu digunakan pada struktur roket tersebut (contohnya: Pelekat penaja).

l. Semua MODEL ROKET yang layak kepertandingan akhir akan menjadi milik pihak penganjur.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Peraturan ini diguna pakai untuk kategori menengah rendah

(hanya hingga ke peringkat negeri sahaja)

PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2007

KATEGORI ROKET SASARAN

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU Tahun 2007

1. Pertandingan ini adalah untuk menguji ketepatan roket jatuh dalam kawasan sasaran yang ditetapkan (rujuk rajah).

2. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah-sekolah menengah bantuan kerajaan.

3. Setiap daerah dibenarkan menghantar dua (2) pasukan. Setiap pasukan terdiri dari dua (2) orang pelajar dengan seorang guru pembimbing .

4. Roket hendaklah dibina menggunakan botol minuman berkarbonat bersaiz 1.5 liter. Setiap pasukan dibenarkan membina lebih dari satu prototaip untuk pertandingan ini.

5. Struktur asal badan roket (botol) boleh diubahsuai tetapi hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja. Penggunaan bahan logam akan menyebabkan pasukan berkenaan dibatalkan.

6. Tenaga yang dibekalkan untuk pelancaran roket adalah kombinasi tekanan dan air sahaja.

7. Semasa pertandingan semua roket hendaklah dilancarkan menggunakan pelancar yang disediakan oleh pihak penganjur.

8. Pada hari pertandingan, peserta dikehendaki melancarkan roket terhadap sasaran yang ditetapkan. Jarak sasaran sebenar (X) akan dimaklumkan pada hari pertandingan. Jarak (X) ini adalah di antara 50 hingga 100 meter.

9. Para peserta dikehendaki menentukan sendiri parameter yang perlu dikawal untuk membolehkan roket jatuh dalam kawasan sasaran yang ditetapkan. Parameter tersebut ialah;

Kuantiti air dalam botol

2. Sudut pelancaran roket

3. Tekanan udara. Tekanan maksimum yang dibenarkan ialah 70 psi.

Setiap pasukan dibenarkan membuat dua percubaan sahaja. Prototaip yang berbeza boleh digunakan. Walau bagaimanapun, percubaan terbaik sahaja akan diambil kira untuk menentukan pemenang.

Penentuan pemenang ialah dengan mengukur jarak kedudukan roket dengan sasaran. Roket yang paling hampir dengan sasaran dikira sebagai pemenang.

Jika berlaku seri, pasukan berkenaan akan melakukan pertandingan semula secara sudden-death.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.


PERTANDINGAN AMALI SAINS 2007

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU Tahun 2007

Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga pengunjung tentang kepentingan aktiviti amali dalam dunia sains dan teknologi. Ini adalah kerana aktiviti amali ini menyokong dapatan teori yang dipelajari dalam bilik darjah. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah-sekolah DAERAH JOHOR BAHRU.

Program dan aktiviti ini diharap akan :

a. Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari di bilik darjah.

b. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif , kritis dan saintifik.

c. Menggalakkan budaya kerjasama antara rakan sepasukan untuk menyelesaikan persoalan saintifik.

d. Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

e. Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi.

f. Menanamkan sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan semasa menjalankan amali dalam makmal.

OBJEKTIF

a. Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat dalam bidang Sains & Teknologi.

b. Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang Sains dan Teknologi agar :

i. Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Sains & Teknologi perinkat negeri.

ii. Menyedikan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan.

iii. Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh masa yang terhad.

iv. Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan amali Sains sebagai amalan wajib P & P Sains.

v. Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan pelajar dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.

Syarat Pertandingan Amali Sains

Peserta pertandingan adalah daripada pelajar-pelajar tahun 4, Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Menengah Kerajaan dan SABK.

Setiap daerah diwakili satu pasukan dari setiap kategori iaitu dari tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 3 orang peserta dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.

Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta lab coat atau sekurang-kurangnya apron makmal semasa pertandingan dijalankan. Setiap pasukan perlu membawa lab coat atau apron makmal masing-masing.

Peserta tidak dibenarkan membawa perlatan atau bahan dari luar selain daripada peralatan dan bahan yang disediakan oleh penganjur.

Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa-apa bahan sumber ke tempat pertandingan.Peserta hanya dibenarkan membawa alatulis dan kalkulator ( bukan saintifik ) sendiri.

Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan. Dalam situasi tertentu, guru pembimbing mungkin dilantik sebagai hakim pertandingan.

Setiap sesi pertandingann akan dibahagikan kepada 2 sidang. Satu sidang hanya 5 pasukan ( daerah ) yang bertandingan. Setiap sidang memakan masa 50 minit.

Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan menandakan tamat pertandingan.

Kaedah Pelaksanaan Pertandingan

a. Pertandingan adalah dalam bentuk bertulis.

Pertandingan yang dijalankan berbentuk stesen. 10 stesen akan disediakan.

c. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut. Satu stesen memakan masa selama 5 minit.

Pada stesen yang memerlukan peserta menjalankan eksperimen, panel hakim akan menilai peserta ketika menjalankan eksperimen tersebut. Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik yang perlu ada ketika menjalankan eksperimen tersebut.

e. Setiap 5 minit loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya

f. Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan.

Jawapan peserta akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Kumpulan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai pemenang.

11 Keputusan hakim adalah muktamad.


SYARAT PERTANDINGAN PEMBENTANGAN TOPIK SAINS

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

1. Pertandingan terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Setiap daerah dikehendaki menghantar satu penyertaan sahaja kecuali pihak pengelola (tuan rumah) dibenarkan menghantar dua penyertaan.

3. Setiap penyertaan diwakili oleh tidak melebihi 3 orang pelajar dengan seorang guru pembimbing.

4. Setiap pasukan akan membentangkan satu isu yang dikaji sama ada melalui kajian literature atau kajian sebenar.

Pembentangan hendaklah dibuat menggunakan Bahasa Inggeris.

6. Masa membuat pembentangan tidak melebihi 7 minit dan boleh melibatkan semua atau sebahagian daripada ahli pasukan.

Keseluruhan persembahan dan pengendalian alatan hendaklah dibuat oleh pelajar yang didaftarkan dalam pasukan sahaja. Guru pembimbing atau orang lain tidak boleh membantu persembahan dalam apa juaga bentuk sekalipun.

8. Markah akan diberi mengikut wajaran berikut :-

6.1. Isu kandungan kajian : 35%

6.2. Kesan penggunaan ICT : 30%

6.3. Penyampaian : 25%

6.4. Kreativiti dan keberkesanan : 10%

Isu-isu yang dikaji adalah merujuk kepada Sukatan Pelajaran menjurus kepada Sains dan Teknologi.

10. Pihak pengelola pertandingan akan menyediakan Projektor LCD dan skrin.

11. Semua bahan pembentangan (sama ada CD atau disket) akan menjadi milik Unit Sains Matematik Johor (USMJ).

Keputusan panel hakim adalah muktamad.


PERTANDINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

1. Tajuk

Pertandingan Bahan Bantu Mengajar Sains dan Matematik 2007

Objektif

1. Memberi penghormatan kepada guru Sains dan Matematik yang inovatif dengan pengiktirafan dan penganugerahan yang sewajarnya.

2. Menggalakkan guru menghasilkan inovasi pengajaran dan pemelajaran Sains dan Matematik yang berdaya saing sehingga mampu menjangkau ke peringkat antarabangsa.

3. Mempromosikan hasil usaha anak tempatan dalam bidang Sains dan Matematik.

4. Mewujudkan jaringan kerjasama professional di kalangan guru yang menyertai pertandingan dalam hal-hal berkaitan pendidikan Sains dan Matematik.

5. menyebarluaskan produk inovatif Sains dan Matematik kepada pihak yang terlibat secra langsung atau tidak langsung dalam bidang ini.

6. Membuktikan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa Malaysia mempunyai ‘best-brains’ dalam pendidikan Sains dan Matematik yang standing pakar lain di dunia antarabangsa.

Konsep Inovatif

1. Inovatif diertikan sebagai penghasilan idea dalam bentuk mujarad atau maujud. Konsep inovasi dalam pertandingan ini meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik merujuk kepada usaha menyampaikan ilmu Sains dan Matematik melalui kit pembelajaran, bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, perkakasan maujud, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pengajaran. Pembaharuan ini direalisasikan melalui kaedah, teknik atau pendekatan yang meningkatkan pembelajaran Saains dan Matematik.

2. Perubahan ini mesti menunjukkan sifat-sifat baru dan asli untuk mencapai keberkesanan dalam penyampaian ilmu Sains dan Matematik dalam aktiviti tersebut.

3. Kecekapan dan keberkesanan penggunaan pendekatan yang inovatif perlu dikaitkan dengan kesesuaian kos, masa tenaga dan penggunaannya.

4. Hasil inovasi guru tersebut telah dilaksanakan dan boleh dipraktikkan di sekolah, di rumah atau di mana-mana premis pembelajaran dan terbukti kejayaannya.

5. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik ini boleh berbentuk aktiviti seperti berikut :-

1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

2. Kaedah penilaian kemajuan dan perkembangan potensi pelajar/murid

3. Pembinaan bahan / alat bantu mengajar

4. Aktiviti / projek / kit pengajaran dan pembelajaran yang boleh meningkatkan mutu pendidikan Sains dan Matematik.

4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BBM SAINS DAN MATEMATIK

1. Semua bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada oleh guru atau pelajar (ABM, BBM, BBB dsb) boleh dipertandingkan di dalam kategori ini. Semua bahan yang memenuhi syarat untuk memasuki pertandingan ini akan dikenali atau dinamakan sebagai ABM.

2. Bahan atau modul yang bersifat akses kendiri dan digunakan di luar waktu P&P tidak diambil kira.

3. Setiap daerah dikehendaki menghantar satu penyertaan dari sekolah menengah atas (ting 4 dan 5), menengah rendah (ting.1,2,3) dan satu penyertaan dari sekolah rendah bagi setiap kategori berikut :-

1. ABM Sains (Model)

2. ABM Matematik (Model)

3. ABM Sains dan Matematik berbantu komputer hendaklah berasaskan aplikasi perisian yang ada di dalam MS Office sahaja. Untuk kategori ini, satu salinan CD hendaklah diserahkan kepada pihak Pengelola semasa pendaftaran.

Setiap penyertaan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Inovatif.

2. Penggunaan yang mudah serta praktikal.

3. Reka bentuk yang asli. Jika menggunakan komputer, program atau bahan yang dihasilkan hendaklah hasil asli guru.

4. Berkesan dan menarik.

5. Bahan yang disediakan hendaklah sesuai dengan Sukatan Pelajaran semasa.

Setiap penyertaan perlu disertakan dengan penerangan ringkas dan manual penggunaan ABM yang dicipta merangkumi perkara berikut :-

1. Nama ABM.

2. Objektif.

3. Topik

4. P&P yang menggunakan ABM yang dihasilkan.

5. Cara penggunaan.

6. Impak penggunaan ABM.

7. Kos dan bahan yang digunakan

6. Sekiranya ABM yang dicipta memerlukan tenaga elektrik, peserta dikehendaki membawa ‘extension wire’ sendiri.

Saiz ABM yang dicipta hendaklah tidak boleh melebihi saiz meja guru.

8. Peserta diberi masa untuk menyediakan atau memastikan ABM masing-masing berfungsi sebelum penghakiman dijalankan. Buku manual penggunaan diletakkan di penjuru kanan meja masing-masing.

9. Peserta dikehendaki berada di tempat masing-masing semasa penghakiman dijalankan dan memberikan penerangan atau demonstrasi (jika perlu) kepada panel hakim.

10. Keselamatan ABM adalah di bawah tanggung jawab peserta.

Penyertaan boleh dibuat secara individu atau kumpulan dengan bilangan maksima 3 orang.

12. Pihak tuan rumah dibenarkan menghantar 2 penyertaan bagi setiap kategori di atas.

Keputusan hakim adalah muktamad

Lampiran BBM

PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN

BANTU MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU 2007

Maklumat Berkaitan Inovasi

Peserta yang menyertai pertandingan dan pameran ini hendaklah menyediakan satu salinan proposal yang mengandungi perkara-perkara berikut :-

Nama : Individu atau semua ahli kumpulan

Sekolah : nama dan alamat penuh

Subjek : subjek yang menggunakan ABM yang dicipta

1. Tajuk Inovasi

Kategori Pertandingan

3. Kumpulan Sasaran

Latar Belakang

o Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan

o Masalah-masalah yang dihadapi

Objektif

6. Tarikh mula dan tahap siap pelaksanaan

Inovasi yang dilaksanakan

o Bentuk bahan

o Pengendalian

o Perbelanjaan (sekiranya berkaitan)

Bentuk Kejayaan

o Penguangan kos operasi

o Penjimatan masa

o Peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

o Faedah-faedah lain

Keterangan lain yang berkaitan

* Saiz proposal : A4

About Me

Pembantu Khas KoAkademik Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru No. Tel 012-3920342 Email : KoAkademik@gmail.com